Wednesday, April 30, 2008

hati aku? hanya DIA yang tahu...




salahkah aku berkecil hati?

salahkah aku jika berdendam pdmu?

ada yg bertanya tentang dirimu - dan inilah jawapanku -

aku benci pdmu.....


Friday, April 25, 2008

...a very long long time ago....





kenapa kau pergi camtu jer? kenapa? kenapa kau tak sanggup menunggu aku lagi? kalau di abad yg lalu, kau sabar, kau tabah, kau pegang pd janji, kau tidak berpaling...

msg terakhirmu padaku - buat aku sakit, aku jatuh sakit, yg buat org di sekelilingku bingung melihat aku. umpama jasad tanpa nyawa...

tapi akhirnya semua itu, buat aku berubah. aku jadi berani, aku jadi kuat untuk berkata - tidak!!! jika selama ini aku hanya menurut kata, tapi selepas tarikh itu, tarikh kau mengajar aku apa erti CURANG...

aku bukan aku yang dulu lagi...

Wednesday, April 23, 2008

once upon a time...



benar ker kisah kita dah sampai ke penghujungnya??? aku masih tertanya-tanya. ibarat sebuah novel yang tak mampu habis kubaca. kau sendiri yg telah menamatkannya, babak-babak seterusnya kau isi ngan adegan kau dan dia. kau dgn gahnya melebarkan cerita bahawa antara kau dan aku tiada lagi kisah yang harus disambung. kau sendiri yg dalam diam melepaskan genggaman tanganku. dlm diam kau gapai cintanya pula...

dan aku ibarat layang-layang putus tali....

tiada lagi nada rindu, tiada lagi gurauan kata, tiada lagi semuanya...

terima kasih buatmu -

kekasihku.....

Friday, April 18, 2008

kelam...




kenangan... tiada apa lagi yg tersisa, hanya tumpahan warna yg terpalit di hati yg tak mungkin padam sampai bila-bila.....

Thursday, April 17, 2008

aneh...




Episod 2

email pertamanya aku terima. pendek sajer. dia mintak no tepon aku. bagai magnet yg kuat, aku bagi no aku tanpa helah. dan ari2 seterusnya aku bukan aku lagi... sapaan pun bermula bersilih ganti, belah pg, thari, ptg dan mlm. aku sendiri rasa aneh, mengapa begini cepat rasa yg tumbuh. tampar pipi sendiri, gigit bibir kuat2 untuk menyedarkan aku dari mimpi.

tapi aku tak mau bangun dari lena ini. jgn sesapa kejutkan aku dari mimpi ini...jgn.....

Tuesday, April 15, 2008

dia... yg bernama h...




Episod 1

Pada mulanya hanya sekadar melayani rasa bosan yg amat sangat.. aku bosan ngan rutin keja yg sama, berjumpa org yg sama, bosan, bosan, bosan. lalu jari jemari mulalah mencuri masa melayari laman. satu demi satu. budak2 skrg punya banyak masa yg terbuang. aku terpana melihat bual bicara di satu laman. mulanya sekadar membaca kerenah chaters di situ. ari2 berikutnya aku ke laman itu lagi. emm... sekadar suka2 aku join sekali. satu nama menyapaku. dan di situlah bermula segala-galanya.....

setiap ari aku bagai tak sabar. menunggunya menyapaku. dia memperkenalkan diri sebagai h.... satu nama yg bakal merubah, mewarna, menggugat dan mencalar seluruh perasaanku....

Friday, April 11, 2008

permulaan...




banyak yg telah aku lalui

ada yg bagiku terlalu mengguris perasaan

mencabar kesabaran

aku hanya seorang wanita

bukan lemah

tapi lelah

dengan segala dusta yg kau

cipta untukku....