Tuesday, August 26, 2008

samat berposa...





Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Puasa itu adalah ‘perisai’, Sekiranya seseorang dari kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya, maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: ‘Saya sedang berpuasa.” (riwayat Bukhari dan Muslim)


p/s: aku nak berenti menulih untuk sementara waktu di bulan posa ni k... jaga diri sumer... :-)

Friday, August 22, 2008

cubalah ke sini






pg ni aku merewang dari blog ke blog. bukan takder keja, cuma ari ni pikiran aku jadi "beku dan dingin" tak tau kenapa...

klik sana, klik sini dan akhirnya aku sampai di sini - aku baru membacanya siket jer dannnn aku teruja untuk terus membacanya...

aku petik sedikit dari tulisannya -

Ps: Bukankah lagu Isabella Search jika di nyanyi hari-hari akan jadi boring gila, tapi Al fatihah yang di baca 17 kali sehari tak pernah boring sampai naik kereta mayat? Bukankah itu tanda kemanisan iman?


cubalah ke sini, insyaallah kengkawan pun akan teruja seperti aku -

http://keretamayat.blogspot.com/

Tuesday, August 19, 2008

org itu...





dia ni selalu suka usik aku. kdg2 ajakannya cam seyes jer, tapi aku tau "sapalah aku", jadik aku wat tak layan jer. lagi pun aku dah takder mood nak "feeling2" cam bebudak hehehe

tapi pg tadi kan dia tetiba terpacul kat meja aku -

org itu: d..pasai balek awai mlm tu? memula sy nampak awak, awak dtg sorang kan. tak lama lepas tu sy toleh, awak dah takder...

aku: [dlm ati - per kes dia ni] sy balek awai, sy tak reti la mkn kat tempat org2 kaya ni. [menu mlm tu chinese food, almaklumlah aku ni org kg...]

org itu: sy dah cop kan tempat duduk untuk awak tau, tapi aleh2 awak duduk kat tempat len.

aku: errr... ada ker sy suruh awak copkan tempat duduk untuk sy? [tengok dia sambil wat muka LION KING hehehe]

org itu: takder laaa... tapi sy tau awak dtg sorang, sbb tu sy copkan tempat duduk kat sebelah sy.

aku: [ishhhh mamat ni] oklah sy banyak keja ni... [sambil aku terus mengadap pc ]

org itu: awak ni d, mcm org takder perasaan, kaku. mcm batu. awak selalu layan sy camni... awak ingat sumer lelaki tu jahat jer. sy bukan camtu...

aku: [ weiiii kau ni sapa nak ckp aku camtu. sebenarnya banyak benda kau tak tau pasai aku. aku tak jwb per2, aku pandang dia pastu aku diam jer...]

aku dah malas nak layan "rasa" yg kdg2 ada, kdg2 takder ni. aku LELAH, aku REDHA ngan apa jua yg bakal datang. tapi untuk SEKALI LAGI "membuka pintu pd insan bernama LELAKI"???

maafkanlah aku....

aku senang begini..... :-)

Monday, August 18, 2008

aku berkecil hati





dulu aku cukup marah bila ada org sakitkan hati aku, pastu bila aku tanya kenapa?

kau akan ckp - aku cuma manusia biasa jer d...

yer, aku tahu kau hanya manusia biasa, kau bukan malaikat!!!. tapi itu BUKAN ALASAN untuk kau dengan sewenang-wenangnya menyakiti hati aku. aku bukan budak2 yg kalau merajuk, bila kau hulur gula2 atau coklat atau ice krem akan reda perasaanku. TIDAK SEMUDAH itu. hati aku yg dah rapuh nie juga bukanlah mudah untuk TERGURIS pada menda yg kecik2. TIDAKKKK...

berfikirlah sebelum berkata-kata. aku tak penah mintak LEBIH dari yg kau mampu dlm PERSAHABATAN ini.

tapi kali ini kau benar2 MENCABAR pendirian aku.

aku hanya ingin membatu. bukankah berdiam diri itu lebih baik dari berkata-kata???

maafkan aku, jika SELEPAS ini AKU BUKAN SEPERTI AKU YG DULU....

Thursday, August 14, 2008

atas permintaan kamar... :-)

aku penatla... [rasa cam nak tercabut kaki....]


1. When you buy greeting cards, are the words or the picture more important to you?
both... gambar n kata2 dlm kad penting untuk menyuarakan perasaan kita

2. What's your favorite kind of cake?
vanila. ice krem pun aku suka vanila.

3. Do you ever make gifts for people, if so what, or do you buy them?
penah gak buat dulu, but skrg aku malas. jadik beli jerla

4. What's your favorite holiday?
bila pertama kali bercoti ngan 3 org buah ati aku, hapi sangat

5.Are you going on holiday this year? If so, where?
belum merancang lagi, insyaallah ujong taun kot nak ke pulau...

6. What was the best party you've ever been to?
parti tuperware adalah aku pegi hehehe

7. If you are married, describe your wedding. If not, what would your ideal wedding be like?Married???
next question plzzzz hehehe

8. What's the most romantic thing that's ever happened to you?
romantik tu per? sejenis kueh ker???

9. What's your favorite girl's name?
ardiana... [nama pena aku masa skolah dulu....]

10. What's your favorite boy's name?
hafiz...

11. Which celebrity would you like a dream date with?
tak der pun

12. Which female celebrity do you find beautiful?
aku suka nasha aziz. penah jumpa dan siap bersalam ngan dia. dia cantek, lemah lembut orgnya

13. Which male celebrity do you think is attractive?
tak minat langsung

14. What is your best character trait?
kdg2 aku ni suka pendam apa yg aku rasa, tak moh sesapa tau, per lagi org2 yg aku syg tau. itu satu masalah ker???

15. What is your worst habit?
dulu masa skolah aku suka geget kuku, but skrg aku rasa cam nak belasah org jer hehehe [alangkah jahatnya aku kan]

Wednesday, August 13, 2008

my hero...



nak citer siket...

14/5 ari tu dia terbang ke kuching. mulanya aku tak berapa "restu" ngan pilihannya ini. tapi aku tengok dia bersungguh-sungguh, bersemangat benor, lalu aku pun mengalah... kami tak penah berjauhan selama ni.

15/8 (jumaat) ni dia balek. masa dia tepon aku ckp dia cuma buleh jumpa aku kejap jer kat klia sbb lepas tu dia dan kengkawannya akan diangkut ke ulu kinta perak untuk menyambung latihan. perasaan aku masa tu bercampur baur - suka, gembira dan sebak. masa ckp kat tepon ngan dia aku menangis. dia tau aku menangis, dia pujuk aku...

diala buah ati aku...

rindu benar kat dia..... :-(

Monday, August 11, 2008

pertemuan.... :-)

salam sumer.....

akhirnya biarpun yg muncul hanya - tiny, kamar, maksu n the kids... but aku hapi. sungguh!!! mcm yg aku selalu ckp - aku ni lone ranjer, bila dpt "bertentang mata" biarpun tak lama, hati kau berbunga-bunga... hehehe

tiny - mcm yg aku sangka ---> manes orgnya, peramah, sekali aku ckp dia jwb 20 kali. tu baru sekejap kami berahmah mesra bayangkan kalau sehari semlm, mcm???

kamar - aduhhh... pemalu adek ni, kejap2 senyum, kejap2 senyum. ngan akak jgn memalu sihhh, akak tak mkn org...

mak su - seorg wanita yg pemalu gak + ckp slow jer, tak mcm aku pot pet pot pet....

mekasih sumer biarpun memasing ada agenda seterusnya dan nak cepat, tapi aku benar2 HAPI.... mekasih buah tangan dari tiny, kamar n maksu gak..... :-)

maaf aku pohon jika gurauanku melangkau batas dan bicaraku yg kucar kacir...

p/s: gambor kami? hehehe



makanan banyak tau.... [siap tapau bawak balek...]


maksu n the kids....


atas permintaan ramai maka diperkenalkan dari kiri ---> kamar > tiny > mak su n yg last sekali yg mcm POOH nilah aku @ sepi...... hehehehe

[dah2 jgn tenung lelama nanti mimpi kang aku tak tau.....]



p/s: tulaaaa sapa suh taknak join, kalau tak lagi gila2 kedai tu kami huru harakan tau.......




Thursday, August 7, 2008

10/8 - i will be waiting 4u :-)

dlm kotak biru tu ada door gif dari aku n yg atas tu adiah dari aku...

tarikh: 10/8/ [ahad]

masa: jam 12.00 thari

tempat: restoran asam pedas linda on [berdekatan tesco ampang]

menu: ikan merah/talapia/siakap masak asam pedas/ikan bakar/sotong or udang bakar/rojak petis/sayur campur + udang/otak2/ayam goreng berempah/ice krem tapai + minuman
[nanti kita pilih]

yg hadir TERKINI as at 8/8 : kamar/gdiz/maksu n the kids/muadz/yun/tiny/kak long

aku masih nak teruskan aktibiti yg aku rancang - ambek nombor, tukar adiah n aku ada sediakan "cabutan bertuah" ada adiah tau.... hehehe

niat aku wat gader ni, sbb aku ingin sangat mengenali sesapa jua yg sudi menyapa aku di sini.

muga persahabatan ni membuahkan bunga yg wangi untuk kita sumer....

insyaallah jumpa di sana yer - ada per2 just call aku k... :-)

sila besarkan peta....



the menu....

Saturday, August 2, 2008

hari yg ditunggu

the menu....

tarikh: 10/8/ [ahad]

masa: jam 2.00 ptg [pastikan anda hanya bekfas yg ringan2 jer pd ari tersebut yer....]

tempat: restoran asam pedas linda on [berdekatan tesco ampang]

menu: ikan merah/talapia/siakap masak asam pedas/ikan bakar/sotong or udang bakar/rojak petis/sayur campur + udang/otak2/ayam goreng berempah/ice krem tapai + minuman [nanti kita pilih eh nak mkn per......]

yg hadir TERKINI : kamar/gdiz/maksu n the kids/muadz/yun [jika ada yg sudi nak join di saat2 akhir, jgn memalu k... aku sangat2 mengalu-alukan kehadiran sesapa jua]

cenderahati jgn lupa yer adek2 - alaaa jgn beli yg mahai2 k.....

insyaallah - kita jumpa yer di sana nanti..... :-)



sila besarkan peta....