
terpanggil untuk wat n3 nie hehehe -
" Yang dimaksudkan dgn makhluk2 halus itu ialah makhluk2 yg dicipta oleh ALLAH swt tanpa berjisim pd kebiasaannya tidak dpt dilihat oleh mata atau dirasa oleh tangan. Mereka hidup dialamnya atau alam ghaib. Makhluk2 ini ada asal kejadiannya daripada cahaya, iaitu malaikat yg sentiasa taat kpd perintah ALLAH dan ada yg asal kejadiannya daripada api iaitu yg terdiri daripada jin, iblis, syaitan dan sbgnya "
[rujukan http://www.darussyifa.org/artikel/MakhlukHalusMenurutAl-Quran_Iss1_18Mei2006_.PDF]
kenapa aku nak citer pasai ni lak. sajer2 jer hehehe
aku penah mengalami peristiwa2 yg menaikkan bulu roma aku -
aku ingat lagi masa aku dlm darjah 5, masa tu aku dikg. belah pg nak pegi mandi. almaklumlah kg aku masa tu lom ada sumber air paip. jadik kami ke perigi yg dekat ngan umah. aku berjalan bersama arwah mak, menggigil-gigil di pg tu. tiba2 mak peluk aku - dannn kat tepi perigi tu aku nampak sorang pompuan berambut panjang kusut masai berbaju putih memandang kami. bayangkanlah aku masa tu!!! nak pekik takder sora, mak peluk aku kuat2 n lepas tu aku tak ingat per2 lagi daaa... aku demam panas, tak leh tido meracau yg bukan2 hehehe baru aku tau itulah rupanye .... [tak moh ckp arrr]
hahhh ni kat umah yg aku sewa dulu masa aku memula dok kl dlm taun 1999. umah tu ada 3 bilik. umah flat. bilik tido aku di ujung. tengah2 bilik kecik siket n yg dekat ngan pintu masuk besor siket. mlm tu aku tak tido kat bilik, aku lepak kat ruang tamu. antara tido n jaga - aku nampak 3 org [org ker???] sorang lelaki sdg memimpin tangan anak lelakinye yg kecik n sorang pompuan. buttt... pompuan tu tersenyum, mulutnya lebar sampai ke telinga hehehe aku kaku tak leh nak wat per2. bukan aku saja yg mengalaminya. kwn2 yg dtg suka lepak2 kat umah bila nak tido musti kena kacau. last2 aku carik umah len. tak kosa nak layan 3 ekor tu yg aku pasti makhluk bertanduk dan berekor...
kat opis lak. kalau selalu balek lewat nanti ada "org" rajin ketuk pintu manyak kali. tapi bila kita tengok takder sapa pun. aku selalu wat jer keja, maleh nak layan, sbb yg penting aku tak kacau dia....
" Beriman atau mempercayai tentang adanya makhluk2 halus dan hal2 yg ghaib seperti ini adalah ciri2 mukmin yg bertakwa kpd ALLAH swt. Dalam Surat al-Baqarah ayat 2 hingga 4 yg bermaksud -
Al-Quran itu tidak ada keraguan pdnya, menjadi petunjuk bagi mereka yg bertakwa, iaitu mereka yg beriman kpd yg ghaib, yg mendirikan sembahyang dan menggunakan sebahagian rezeki yg Kami anugerahkan kpd mereka. "
Di antara hikmat diciptakan makhluk2 halus ialah -
Untuk memperkuat iman seseorang kpd ALLAH swt menyakinkan tentang kebesaran dan keagungan Ilahi. Di samping kejadian manusia yg dpt dilihat dgn mata kasar, ALLAH swt berkuasa mencipta makhluk2 halus yg asal kejadiannya serta hakikat hidupnya begitu berbeza dgn manusia. Semua ini merupakan tanda2 keagungan ALLAH swt.