Friday, May 30, 2008

haunted???



terpanggil untuk wat n3 nie hehehe -

" Yang dimaksudkan dgn makhluk2 halus itu ialah makhluk2 yg dicipta oleh ALLAH swt tanpa berjisim pd kebiasaannya tidak dpt dilihat oleh mata atau dirasa oleh tangan. Mereka hidup dialamnya atau alam ghaib. Makhluk2 ini ada asal kejadiannya daripada cahaya, iaitu malaikat yg sentiasa taat kpd perintah ALLAH dan ada yg asal kejadiannya daripada api iaitu yg terdiri daripada jin, iblis, syaitan dan sbgnya "

[rujukan http://www.darussyifa.org/artikel/MakhlukHalusMenurutAl-Quran_Iss1_18Mei2006_.PDF]

kenapa aku nak citer pasai ni lak. sajer2 jer hehehe

aku penah mengalami peristiwa2 yg menaikkan bulu roma aku -

aku ingat lagi masa aku dlm darjah 5, masa tu aku dikg. belah pg nak pegi mandi. almaklumlah kg aku masa tu lom ada sumber air paip. jadik kami ke perigi yg dekat ngan umah. aku berjalan bersama arwah mak, menggigil-gigil di pg tu. tiba2 mak peluk aku - dannn kat tepi perigi tu aku nampak sorang pompuan berambut panjang kusut masai berbaju putih memandang kami. bayangkanlah aku masa tu!!! nak pekik takder sora, mak peluk aku kuat2 n lepas tu aku tak ingat per2 lagi daaa... aku demam panas, tak leh tido meracau yg bukan2 hehehe baru aku tau itulah rupanye .... [tak moh ckp arrr]


hahhh ni kat umah yg aku sewa dulu masa aku memula dok kl dlm taun 1999. umah tu ada 3 bilik. umah flat. bilik tido aku di ujung. tengah2 bilik kecik siket n yg dekat ngan pintu masuk besor siket. mlm tu aku tak tido kat bilik, aku lepak kat ruang tamu. antara tido n jaga - aku nampak 3 org [org ker???] sorang lelaki sdg memimpin tangan anak lelakinye yg kecik n sorang pompuan. buttt... pompuan tu tersenyum, mulutnya lebar sampai ke telinga hehehe aku kaku tak leh nak wat per2. bukan aku saja yg mengalaminya. kwn2 yg dtg suka lepak2 kat umah bila nak tido musti kena kacau. last2 aku carik umah len. tak kosa nak layan 3 ekor tu yg aku pasti makhluk bertanduk dan berekor...


kat opis lak. kalau selalu balek lewat nanti ada "org" rajin ketuk pintu manyak kali. tapi bila kita tengok takder sapa pun. aku selalu wat jer keja, maleh nak layan, sbb yg penting aku tak kacau dia....


" Beriman atau mempercayai tentang adanya makhluk2 halus dan hal2 yg ghaib seperti ini adalah ciri2 mukmin yg bertakwa kpd ALLAH swt. Dalam Surat al-Baqarah ayat 2 hingga 4 yg bermaksud -


Al-Quran itu tidak ada keraguan pdnya, menjadi petunjuk bagi mereka yg bertakwa, iaitu mereka yg beriman kpd yg ghaib, yg mendirikan sembahyang dan menggunakan sebahagian rezeki yg Kami anugerahkan kpd mereka. "


Di antara hikmat diciptakan makhluk2 halus ialah -


Untuk memperkuat iman seseorang kpd ALLAH swt menyakinkan tentang kebesaran dan keagungan Ilahi. Di samping kejadian manusia yg dpt dilihat dgn mata kasar, ALLAH swt berkuasa mencipta makhluk2 halus yg asal kejadiannya serta hakikat hidupnya begitu berbeza dgn manusia. Semua ini merupakan tanda2 keagungan ALLAH swt.

Friday, May 23, 2008

keluh kesah



keluh kesah apakah yg kau campakkan pdku ini
aku seolah-olah seperti lelayang putus tali
melayang ditiup sang bayu tanpa arah

aku ingin berhenti di sini sajer
ingin kukeluarkan segala mala isi hati
yg masih terpalit bersama kenangan
yg aku abadikan selama ini

kau di sana masih punya waktu
untuk mengintaiku dalam sepimu
tapi untuk apa semua itu
jika dia juga yg berada dalam pelukanmu

aku ingin lari sejauh mungkin
dari sisimu
kerna aku bukannya
sekeping kertas yg boleh kau conteng
yg boleh kau warnakan
mengikut sesuka hatimu

aku adalah aku
seorang wanita
yg hatinya telah kau lumatkan
dgn janji yg tak mampu kau tunaikan......

Tuesday, May 20, 2008

sama sajer



aku kenal dia dah lama, kami sebaya. dulu aku menyanjungi sikapnya. pada aku dialah lelaki, sahabat dan suami yg baik. tapi rupa2nye...

kami pegi bercuti bersama. tapi pg tu sementara menanti teman2 yg len turun untuk bekfas. dia bercerita - katanya dia dah jatuh cinta ngan setiausaha sahabat baiknya. aku terkedu seketika. dia memang suker menceritakan masalahnya pdku, kerna katanya aku pendengar yg baik.

aku kenal isterinya, anak2nye dua org. katanya pdku, dia cuber membuang perasaannya pd gadis itu. tapi makin lama dia cuba, dia leh jadi gila.

aku tak menjawab pertanyaannya biler dia tanya apa yg perlu dilakukan skrg. aku tinggalkan dia camtu jer termangu-mangu.

setelah lama mengenalinya, aku sangka dia len dari lelaki2 yg penah singgah menyapaku. tapi rupanya - dia jugak sama, tak puas dgn CINTA yg ada...

aku benci pd org yg tak setia....

Monday, May 12, 2008

atas permintaan... :-)

inikah dinamakan - cinta???



LOVE

1. What does true love mean to you?
perasaan yg tak terungkap oleh kata2...

2. How do you know you're really in love?
bila apa yg dibuat sumer tak kena belaka

3. How many times in your life have you fallen in love?
errr... jatuh centa? blom penah hehehe

4. Have you ever fallen out of true love because you were mad at the moment?
blom penah

5.Do you feel love and physical attraction are the same thing?
rupa juga penting dlm cinta, tapi bukan dikategorikan 'kacak' atau 'cantek' , tapi dia mestilah yg menyenangkan hati kiter dan yg leh wat kiter rasa 'selesa' bila bersama.

6. If your true love became ill or disfigured would you continue to love them the same way?
sudah semestinya. cinta tak akan mati hanya kerna itu sumer, malah aku akan terus menyintainya...

7. Should anyone else be able to tell you who to love or not love?
nope. tidak ada sapa yg boleh memaksa aku. hati aku milik aku

8. Do you believe people that ended up divorced were ever truly in love?
kdg kala cinta saja tidak cukup untuk mengekalkan sebuah ikatan....

9. Would you give up something you want for someone you love?
yessss......

Tuesday, May 6, 2008

tentang dia :-)

ari tu 4/5 besday dia. kami sumer balik kg untuk meraikannya. salah satu sbb aku dan adek beradek yg len berkumpul - dia akan pegi mengejar cita2nya nunnn jauh di negeri org...

usianya baru 22 thn jer, udah berpunya........

aku sayang pdnya.... :-)

Sunday, May 4, 2008

aku tak peduli





aku tak peduli lagi
pada angin yg masih
bertanya kabar tentang diriku

aku tak peduli lagi
pada awan yg sesekali
mengalirkan hujan
membasahi wajahku yg masih mampu
tersenyum menyimpan duka

aku tak peduli lagi
pada bulan yg menemani
malam-malamku yg suram

dan

aku tak peduli lagi
pada teman yg menyebarkan
cerita-cerita tentang dirimu
padaku

kerna kisah kita
telah lama kukuburkan.....

Friday, May 2, 2008

hilang



apa yang terjadi, kurasakan sepi menyelimut mimpi
hari menjadi beku malam pun seakan kelabu
kau seperti debu yang terbawa laju angin lalu

aku menunggu suaramu menyapaku seperti dulu
berharap pada sang waktu agar berputar perlahan-lahan menantiku
apa akukah yang bersalah???

jujur dari ruang hati aku masih mencari
satu alasan yang pasti yang membuatmu pergi
tapi kau telah hilang di pekatnya malam
meninggalkan aku termangu sendiri

apakah yang membuatmu menyudahi kisah kita
saat aku masih menikmati waktu bersamamu
kau berpaling dengan tiba-tiba

aku masih tertanya-tanya
dengan seribu soalan yang tak terjawab

benarkah kisah kita telah berakhir
dan inikah noktah pada sebuah cinta
yang kau cipta untukku???