Wednesday, September 24, 2008

ucapan seikhlas hati...




salam sumer...

biarpun, insyaallah lagi seminggu kita akan menyambut hari raya. dengan rendah hati aku memohon maaf di atas segala ketelanjuran kata, atau gurauan, halalkanlah segala yg termkn/terminum. kalau aku ada hutang [yg aku tak ingat, jgn memalu msg aku k...]

aku mula coti dari 29/9 hingga 6/10 ini... aku akan pulang ke kg pd pg 27/9 ni, sesapa yg berada di bp, jgn segan2 panjangkanlah langkah ke umah aku... aku tinggalkan kl untuk sementara waktu. samat tinggal kl... hehehe

insyaallah, lepas raya nanti - mata penaku akan mengukir coretan dan puisi wat kengkawan sumer....

jumpa lagi k..... :-)

Tuesday, August 26, 2008

samat berposa...





Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Puasa itu adalah ‘perisai’, Sekiranya seseorang dari kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya, maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: ‘Saya sedang berpuasa.” (riwayat Bukhari dan Muslim)


p/s: aku nak berenti menulih untuk sementara waktu di bulan posa ni k... jaga diri sumer... :-)

Friday, August 22, 2008

cubalah ke sini






pg ni aku merewang dari blog ke blog. bukan takder keja, cuma ari ni pikiran aku jadi "beku dan dingin" tak tau kenapa...

klik sana, klik sini dan akhirnya aku sampai di sini - aku baru membacanya siket jer dannnn aku teruja untuk terus membacanya...

aku petik sedikit dari tulisannya -

Ps: Bukankah lagu Isabella Search jika di nyanyi hari-hari akan jadi boring gila, tapi Al fatihah yang di baca 17 kali sehari tak pernah boring sampai naik kereta mayat? Bukankah itu tanda kemanisan iman?


cubalah ke sini, insyaallah kengkawan pun akan teruja seperti aku -

http://keretamayat.blogspot.com/

Tuesday, August 19, 2008

org itu...





dia ni selalu suka usik aku. kdg2 ajakannya cam seyes jer, tapi aku tau "sapalah aku", jadik aku wat tak layan jer. lagi pun aku dah takder mood nak "feeling2" cam bebudak hehehe

tapi pg tadi kan dia tetiba terpacul kat meja aku -

org itu: d..pasai balek awai mlm tu? memula sy nampak awak, awak dtg sorang kan. tak lama lepas tu sy toleh, awak dah takder...

aku: [dlm ati - per kes dia ni] sy balek awai, sy tak reti la mkn kat tempat org2 kaya ni. [menu mlm tu chinese food, almaklumlah aku ni org kg...]

org itu: sy dah cop kan tempat duduk untuk awak tau, tapi aleh2 awak duduk kat tempat len.

aku: errr... ada ker sy suruh awak copkan tempat duduk untuk sy? [tengok dia sambil wat muka LION KING hehehe]

org itu: takder laaa... tapi sy tau awak dtg sorang, sbb tu sy copkan tempat duduk kat sebelah sy.

aku: [ishhhh mamat ni] oklah sy banyak keja ni... [sambil aku terus mengadap pc ]

org itu: awak ni d, mcm org takder perasaan, kaku. mcm batu. awak selalu layan sy camni... awak ingat sumer lelaki tu jahat jer. sy bukan camtu...

aku: [ weiiii kau ni sapa nak ckp aku camtu. sebenarnya banyak benda kau tak tau pasai aku. aku tak jwb per2, aku pandang dia pastu aku diam jer...]

aku dah malas nak layan "rasa" yg kdg2 ada, kdg2 takder ni. aku LELAH, aku REDHA ngan apa jua yg bakal datang. tapi untuk SEKALI LAGI "membuka pintu pd insan bernama LELAKI"???

maafkanlah aku....

aku senang begini..... :-)

Monday, August 18, 2008

aku berkecil hati





dulu aku cukup marah bila ada org sakitkan hati aku, pastu bila aku tanya kenapa?

kau akan ckp - aku cuma manusia biasa jer d...

yer, aku tahu kau hanya manusia biasa, kau bukan malaikat!!!. tapi itu BUKAN ALASAN untuk kau dengan sewenang-wenangnya menyakiti hati aku. aku bukan budak2 yg kalau merajuk, bila kau hulur gula2 atau coklat atau ice krem akan reda perasaanku. TIDAK SEMUDAH itu. hati aku yg dah rapuh nie juga bukanlah mudah untuk TERGURIS pada menda yg kecik2. TIDAKKKK...

berfikirlah sebelum berkata-kata. aku tak penah mintak LEBIH dari yg kau mampu dlm PERSAHABATAN ini.

tapi kali ini kau benar2 MENCABAR pendirian aku.

aku hanya ingin membatu. bukankah berdiam diri itu lebih baik dari berkata-kata???

maafkan aku, jika SELEPAS ini AKU BUKAN SEPERTI AKU YG DULU....

Thursday, August 14, 2008

atas permintaan kamar... :-)

aku penatla... [rasa cam nak tercabut kaki....]


1. When you buy greeting cards, are the words or the picture more important to you?
both... gambar n kata2 dlm kad penting untuk menyuarakan perasaan kita

2. What's your favorite kind of cake?
vanila. ice krem pun aku suka vanila.

3. Do you ever make gifts for people, if so what, or do you buy them?
penah gak buat dulu, but skrg aku malas. jadik beli jerla

4. What's your favorite holiday?
bila pertama kali bercoti ngan 3 org buah ati aku, hapi sangat

5.Are you going on holiday this year? If so, where?
belum merancang lagi, insyaallah ujong taun kot nak ke pulau...

6. What was the best party you've ever been to?
parti tuperware adalah aku pegi hehehe

7. If you are married, describe your wedding. If not, what would your ideal wedding be like?Married???
next question plzzzz hehehe

8. What's the most romantic thing that's ever happened to you?
romantik tu per? sejenis kueh ker???

9. What's your favorite girl's name?
ardiana... [nama pena aku masa skolah dulu....]

10. What's your favorite boy's name?
hafiz...

11. Which celebrity would you like a dream date with?
tak der pun

12. Which female celebrity do you find beautiful?
aku suka nasha aziz. penah jumpa dan siap bersalam ngan dia. dia cantek, lemah lembut orgnya

13. Which male celebrity do you think is attractive?
tak minat langsung

14. What is your best character trait?
kdg2 aku ni suka pendam apa yg aku rasa, tak moh sesapa tau, per lagi org2 yg aku syg tau. itu satu masalah ker???

15. What is your worst habit?
dulu masa skolah aku suka geget kuku, but skrg aku rasa cam nak belasah org jer hehehe [alangkah jahatnya aku kan]

Wednesday, August 13, 2008

my hero...



nak citer siket...

14/5 ari tu dia terbang ke kuching. mulanya aku tak berapa "restu" ngan pilihannya ini. tapi aku tengok dia bersungguh-sungguh, bersemangat benor, lalu aku pun mengalah... kami tak penah berjauhan selama ni.

15/8 (jumaat) ni dia balek. masa dia tepon aku ckp dia cuma buleh jumpa aku kejap jer kat klia sbb lepas tu dia dan kengkawannya akan diangkut ke ulu kinta perak untuk menyambung latihan. perasaan aku masa tu bercampur baur - suka, gembira dan sebak. masa ckp kat tepon ngan dia aku menangis. dia tau aku menangis, dia pujuk aku...

diala buah ati aku...

rindu benar kat dia..... :-(

Monday, August 11, 2008

pertemuan.... :-)

salam sumer.....

akhirnya biarpun yg muncul hanya - tiny, kamar, maksu n the kids... but aku hapi. sungguh!!! mcm yg aku selalu ckp - aku ni lone ranjer, bila dpt "bertentang mata" biarpun tak lama, hati kau berbunga-bunga... hehehe

tiny - mcm yg aku sangka ---> manes orgnya, peramah, sekali aku ckp dia jwb 20 kali. tu baru sekejap kami berahmah mesra bayangkan kalau sehari semlm, mcm???

kamar - aduhhh... pemalu adek ni, kejap2 senyum, kejap2 senyum. ngan akak jgn memalu sihhh, akak tak mkn org...

mak su - seorg wanita yg pemalu gak + ckp slow jer, tak mcm aku pot pet pot pet....

mekasih sumer biarpun memasing ada agenda seterusnya dan nak cepat, tapi aku benar2 HAPI.... mekasih buah tangan dari tiny, kamar n maksu gak..... :-)

maaf aku pohon jika gurauanku melangkau batas dan bicaraku yg kucar kacir...

p/s: gambor kami? hehehe



makanan banyak tau.... [siap tapau bawak balek...]


maksu n the kids....


atas permintaan ramai maka diperkenalkan dari kiri ---> kamar > tiny > mak su n yg last sekali yg mcm POOH nilah aku @ sepi...... hehehehe

[dah2 jgn tenung lelama nanti mimpi kang aku tak tau.....]



p/s: tulaaaa sapa suh taknak join, kalau tak lagi gila2 kedai tu kami huru harakan tau.......




Thursday, August 7, 2008

10/8 - i will be waiting 4u :-)

dlm kotak biru tu ada door gif dari aku n yg atas tu adiah dari aku...

tarikh: 10/8/ [ahad]

masa: jam 12.00 thari

tempat: restoran asam pedas linda on [berdekatan tesco ampang]

menu: ikan merah/talapia/siakap masak asam pedas/ikan bakar/sotong or udang bakar/rojak petis/sayur campur + udang/otak2/ayam goreng berempah/ice krem tapai + minuman
[nanti kita pilih]

yg hadir TERKINI as at 8/8 : kamar/gdiz/maksu n the kids/muadz/yun/tiny/kak long

aku masih nak teruskan aktibiti yg aku rancang - ambek nombor, tukar adiah n aku ada sediakan "cabutan bertuah" ada adiah tau.... hehehe

niat aku wat gader ni, sbb aku ingin sangat mengenali sesapa jua yg sudi menyapa aku di sini.

muga persahabatan ni membuahkan bunga yg wangi untuk kita sumer....

insyaallah jumpa di sana yer - ada per2 just call aku k... :-)

sila besarkan peta....



the menu....

Saturday, August 2, 2008

hari yg ditunggu

the menu....

tarikh: 10/8/ [ahad]

masa: jam 2.00 ptg [pastikan anda hanya bekfas yg ringan2 jer pd ari tersebut yer....]

tempat: restoran asam pedas linda on [berdekatan tesco ampang]

menu: ikan merah/talapia/siakap masak asam pedas/ikan bakar/sotong or udang bakar/rojak petis/sayur campur + udang/otak2/ayam goreng berempah/ice krem tapai + minuman [nanti kita pilih eh nak mkn per......]

yg hadir TERKINI : kamar/gdiz/maksu n the kids/muadz/yun [jika ada yg sudi nak join di saat2 akhir, jgn memalu k... aku sangat2 mengalu-alukan kehadiran sesapa jua]

cenderahati jgn lupa yer adek2 - alaaa jgn beli yg mahai2 k.....

insyaallah - kita jumpa yer di sana nanti..... :-)



sila besarkan peta....

Thursday, July 31, 2008

aku tak pedulik.... [iklan jap eh b4 kita gader hehehe]



aku selalu pikir apa yg aku buat dan akan aku buat tidak akan melibatkan "ketidak selesaan" pd org len. kata kwn2 yg agak rapat ngan aku - aku ni suka nak wat org2 yg aku sayang hapi, kwn2 hapi, sbb bila dia org hapi aku pun leh berjangkit jadi hapi - tak gituk...

dulu aku dah puas menangis - bila org yg aku sayang tinggaikan aku, aku jadi mcm org ting tong, rasa mcm sebahagian dari diri aku "dah mati" ... aku dah puas merasa hidup dihina, dicemuh, digelar ngan panggilan yg kalau didengar tok pertama kali buleh meletuplah gegendang telinga hehehe

tapi aku tetap camnilah - masa keja aku wat keja, masa mkn aku mkn, masa joging, org len berlari aku dok jalan sambil toleh kiri kanan [nak ngurat laaa tak paham kaaaa], masa bertekak kat meting, aku dok lukih2 kartun [bukan bos tau pun], masa nengok wayang kalau ada org romen, akulah jadik peg.pencegah maksiat jap - aku sergah org tu, ishh bukan pasai aku jeles tau [mcmlah aku ni baek sangat kan kan kan]. cuma bila time nak tido - hahhh aku susah nak lelapkan mata uwaaaaaaaaaaaaaaa


ishhh per yg aku mengarut ni hehehe [gelak jin jahat ni....]

tak moh sedih2... TAK MOH!!!! lalalala

Monday, July 28, 2008

gader (part 3)

sila besarkan peta....


tarikh: 10/8 (ahad)

tempat: restoran asam pedas linda onn - dekat bangunan baru berhampiran ngan TESCO ampang

waktu: jam 2 ptg

menu: ikan merah/talapia/siakap masak asam pedas/ikan bakar/sotong or udang bakar/rojak petis/sayur campur + udang/otak2/cuci mulut + minuman

yg confirm setakat ni - cik tiny/kamar/ahmoi/maksu/gdiz /muadz

aku amat berbesar hati jika ramai lagi yg sudi join... silalah..... :-)


Tuesday, July 22, 2008

gader (Part 2)

meja aku yg berselerak hehehe


helooo

aku dah serbey untuk kali kedua, n inilah hasil tinjauan aku hehehe


tarikh: 10/8 (ahad)

tempat: restoran asam pedas linda onn - dekat bangunan baru berhampiran ngan TESCO [santai aku tengok, tak berapa sesuaila, sbb dlm TESCO]

waktu: jam 2 ptg [ok tak???]

menu: ikan merah/talapia/siakap masak asam pedas/ikan bakar/sotong or udang bakar/rojak petis/sayur campur + udang/otak2/ n cuci mulut

minuman: mcm2 ada...

door gif dari aku ---> rahsia hehehe

yg hadir: plszzz confirm kat sini...


tentang berapa kena bayar sorang, jgnlah risau k....


jgn lupa yer adek2, adiah bawak eh.... :-)


ada bantahan tak..... sila2......


aturcara majlis [cewahhh ...]


1/ para hadirin mengambil tempat [masa ni aku bagilah door gif tu...]


2/ adiah yg adek2 bawak kan diberi pd setiausha majlis untuk ditanda ngan nombor [jgnla berebut adiah eh adek2 ---> jeling kat tiny japp]


3/ sumer dah ada - ambek nombor kehadiran n simpan yer elok2 [kalau ilang kang tak dpt adiah jgn nanges tau...]


4/ ucapan alu-aluan n sesi memperkenalkan diri [tak moh ckp banyak2la kan, pasai perut musti dah mengaum masa ni... :-)]


5/ makanan dah terhidang per lagi...


6/ berenti kejap mkn - cabut nombor tok ambek adiah


7/ pastu apa lagi eh hehehe [silala tambah mana2 yg patut yer adek2....]


p/s: senarai nama terkini :-


[setakat jam 10.11 am ari ni ]


cik tiny @ mc hammer/kamar/ahmoi/maksu/gdiz -


peta akan menyusul tak lama lagi ---> mekasihla pd cik tiny kita.... :-)



peta ni aku dpt dari google... leh pakai tak??? [nak tengok besorkan dulu yer] cubala eh... kita tunggu gak peta dari cik tiny yg comey.... yesszaaaaaaa

Friday, July 18, 2008

keluh kesah



salahkah aku
jika masih mengintaimu
dari balik awan yg berarak lesu
menemani langkah-langkahku

selalu...

kau masih di sana
merantai kasih membelai cinta
hanyut dalam duniamu
tanpa mengenal
pahala dan dosa

kubiarkan saja
resah menyapaku di kala
mata ingin beradu
menatap gambarmu yg masih
gagah menghiasi
dinding kamar tidorku

akukah yg dungu
pintu hati tertutup sudah
hanya kernamu???............

Wednesday, July 16, 2008

aaachummmm.....

sabtu ari tu balek kg... hahhh teka ni gambor sapa... sapa yg tepat tekaannya aku banjer mkn... hehehe [pssttt...pah.... awak takleh teka tau....]


helooo..... :-)

mekasih eh... terharu ni...

aku baru takder sehari dah ramai yg rindu... sob sob sob aaachummm

ari ni pegi keja pakai mcm org eskimo, kengkawan kat opis sampai perli2 suruh aku balek umah jer selubung hehehe [eleh... takot berjangkit lah tu..]

ok berbalik pd isu yg sedang rancang dibincangkan, cewahssss ---> gader... yehaaaa

1/ tempat: kalau kat tasik aku bimbang + khuatir - skrg ni kan musim monsun utara kan cik tiny kan, ujannn jer. jadik kita jgnlah wat kat luar eh

2/ tarikh: aku rasa 10/8 sesuai

3/ aku dah serbey per nak beli untuk bagi kat adek2 sumer [ yg ni ikhlas dari aku cam door gif gituk...]

4/ jgn lupa yer, memasing beli adiah rega dlm RM 15 or RM 20

5/ silalah confirmkan kehadiran

6/ tentang rega mkn/minum - jgn susah ati tak mahai punya.... nanti kita diskas lagi k....

terus terang aku ckp - tujuan sebenar-benarnya nak wat gader ni bukanlah nak wat menda2 tak elok [ sbb ada org email aku tuduh aku yg bukan2...]. aku ni lone ranjer - aku suka berkwn, suka nak kenai ngan sesapa yg sudi berkwn ngan aku seikhlas hati. takder niat len.....

jadiii..... ada per2 soklan silalah jgn memalu tanya aku ok....

aaachummmm......

Friday, July 11, 2008

gader....

alhamdulillah....

mulanya aku takot gak nak wat gader ni... yela... takot takder yg sudi... hehehe

so kengkawan - plsss confirm k...

1/ date - 3/8 or 10/8 or 17/8 [sunday]

2/ tempat - santai tesco ampang/asam pedas linda onn

3/ waktu - lunch [jam berapa yg sesuai???]

4/ jika santai ---> menu - ikan siakap 3 rasa, udang/sotong goreng kunyit, tom yam campur, sayur kailan/kangkung ikan masin, sup tulang, kerabu mangga, sambal belacan

5/ air - abc ada, sirap bandung spesel ada, mcm2 ada...

2/ jika kedai asam pedas linda on ---> ikan merah/talapia/ terubuk - masak asam pedas tentunye, rojak petis, sayur campur, sotong bakar, sambal belacan + ulam2an, sup


tentang adiah lak, aku rasa sumer setuju kan, tiap sorang dari kita belilah adiah dlm rega RM 20.00. aku amat mengalu-alukan sebarang cadangan yg len... silalah...


apa kena mengena mamat ni ngan n3 aku? takder per2, saja nak cuci mata.... hehehe














Thursday, July 10, 2008

sudi ker???

mailah kita jumpa eh.....

helooo

aku ni tengah dok berangan camni -

nak wat gader kecik2, nak jumpa kengkawan yg sudi g blog aku ni...

amacam?

nak tau gak camner rupa senyuman manes cik tiny, gdiz, maksu, muadz, kak long, kamar hati, nak tau camner penangan jelingan akak, kasih, su, ahmoi, dayu, duhai hati, mlmhari, kacak ker idak gm, adry, thafiexq hehehe dan sesapa jua yg penah menjengah, menyapa aku di sini tapi aku lupa namanya...

aku? lawa tu takder laaa, tapi maness.... adalaaaa

aku cadang nak wat b4 posa. bagilah apa2 cadangan leh? alaaa kita jumpa, mkn2 tukar2 adiah, kenai2, tu jer...

tarikh - lepas gaji kot hehehe

tempat - ampang

aku cadang tempat yg semua org senang nak pegi - TESCO AMPANG

apa kata kita beli "adiah", untuk dijadikan cenderahati - katalah kita tetapkan rega - sorang RM 20.00. nanti kat sana, kita labelkan adiah tu, pastu, cabutlah undi sapa dpt adiah sapa.

menu - cadangan???

segala cadangan akan dipikirkan - silalah jgn menyorok, jgn memalu eh.... sudikanlah......

kita jumpa eh kengkawan..... leh ler......


latest newss...

1/ date - 3/8 or 10/8 or 17/8 [sunday]

2/ tempat - santai tesco ampang

3/ waktu - lunch

4/ menu - ikan siakap 3 rasa, udang/sotong goreng kunyit, tom yam campur, sayur kailan/kangkung ikan masin, sup tulang, kerabu mangga, sambal belacan

5/ air - abc ada, sirap bandung spesel ada, mcm2 ada...

jika ada cadangan yg len, jgn lah memalu, sila2 bentangkan di sini.....

ada lagi cadangan menu -

1/ kedai asam pedas linda on - kat tesco gak

2/ ikan merah/talapia/ terubuk - masak asam pedas tentunye, rojak petis, sayur campur, sotong bakar, sambal belacan + ulam2an, sup

plsss jgn memalu bagi cadangan....

Monday, July 7, 2008

janji


aku tengah marah masa tulih n3 nie, kalau leh nampak kan, paler aku dah berasap ni, rasa mcm dah kuar tanduk lak dan muker aku merah menyala hehehe

banyak2 menda yg leh wat aku marah sesangat -

1/ berdusta @ berbohong @ tipu -

aku cukup pantang bila org berbohong, rasa cam nak g cekik2 dia... hehehe

2/ bila buat janji -

pastu wat dono jer

hisss... ni yg aku nak citer ni. ada sorang kwn. tak mohlah aku panggey kwn. aku nak panggey lanun jer, buleh??? mlm tu masa nak tido tetiba dia msg aku. tengah betol2 sesak, urgent, kecemasan, entah apa lagi yg dia ckp. nak pinjam duet. aku tanya baper? 500 katanya. tercampak gak bantai yg aku tengah dok peluk tu. aku kabor kat dia - banyak tu. tapi dia mati2 ckp, nak pakai kejap jer. gaji nanti dia bayor. aku pung lembutla ati. so pepagi lagi aku pun bagilah kat dia.

hahhh ari ni dah 7/7, gaji dah lama masuk. tapi tiap kali selisih jalan ngan aku, dia wat muker selamba land dia. aku pegi jumpa dia, tanyala bebaik. dia leh jwb camni -

duet takder nak bayor camner???

aduhhhh.... aku tenung muker dia lelama. dia tunduk jer...

aku ni bukanlah jenis yg lemah lembut, yg kalau berckp sora ala2 si fasha tu. no no no, tapi aku pujuk hati aku. sabor3....

nantilah nak g tempat parking ni,


nak carik keta dia,


sambil bawak paku 3 inci ni... hehehehe

Friday, July 4, 2008

apa kabarmu

apa kabarmu
kekasihku
salammu menyapaku di angin lalu
menamparku
dengan hati yg membeku
sayu...

gelak tawamu
gurau sendamu
bersamanya kedengaran
hingga ke daerahku ini



aku jelas kini
biar di sudut hatimu
bertakhta dia di sisimu selalu
tapi kau masih mendambakan
serpihan kasihku
yg telah kau robek
dan kau calarkan
sesuka hatimu

telah terlalu lama aku tidak
menjejakkan mataku ke umah merahmu
tempat di mana kau
menyusun seribu seloka
melakar sejuta impian
mewarna pelangi
bersulam janji
di layar bisu ini

usah kau hitung waktu
selama mana sudah
kau tinggalkan aku
tidak perlu kekasihku

kerna
DIA yang maha mengasihani
yang maha mengetahui
membuatkan aku sedar
bahawa di bawah langitNYA
di bumi yg aku pijak ini
aku masih mampu
bernafas tanpa kau lagi
dan tanpa rasa yang
bernama cinta.....


Wednesday, July 2, 2008

yang kedua???

tergoda gak eh kalau jumpa mamat ni... hehehe


seorg teman bertanya kat aku semlm - [masa aku tengah nak pecah kepala nie... dia sibuk lak citerkan masalah problemnya kat aku hehehe]

salah ker sy jika menyintai dia. dia mampu, dia dah berjanji akan berlaku adil antara sy ngan isterinya.sy dah cuba menjauhkan diri darinya. sy sampai mintak pindah, sy tukor no tepon, tiap kali jumpa dia sy larikan diri. tapi semakin kuat sy cuba lupakan dia, semakin kuat pulak cinta sy pd dia. dia pun sama cam sy. katanya bukan niat dia nak menduakan kasih yg dibina selama 11 taun, tapi ini soal hati, tak buleh ditahan-tahan....

akhirnya sy dah bulatkan hati - sy akan menerima dia dlm idup sy, walaupun sebagai "org kedua"...

dia pandang aku meminta jawapan, tapi aku cam selalulaaa.. bab2 nak merabakkan hati org nie, aku cukup marah, walau sejuta per jua alasan yg kau beri. lalu aku jawap lak gak -

sebenornya aku nak jwb camni -

kau dah buta eh leen, dia tu laki org...

tapi... aku tak jadik laaa, aku jwb ngan nada yg agak manes -

leen, camnilah... masa nak nikah nanti takyahlah jemput sy yer...

aku pun belah jer camtu hehehe

seseorg penah menulis untuk aku begini -

"jangan tinggalkan org yg kita sayang untuk org yg kita suka. kerna org yg kita suka akan tinggalkan kita untuk org yg dia sayang. jgn cuba dapatkan apa yg kita sayang, tapi sayanglah apa yg kita ada......

Monday, June 30, 2008

i need a rest



letih...

bukan sbb menjaga ayah, tidak...


alhamdulillah, ayah dah sehat....

pelakuan org2 sekeliling yg aku anggap ' kawan ' wat aku letih...

mekasih yg masih sudi melontar pandangan ke umah "sepi" ini...

punya masa aku akan menjengah umah teman2 yer....


rindu tau.... :-)





Thursday, June 19, 2008

ayah


ari jumaat tu dpt call dari kg - ayah saket... hati aku berdebar-debar, air mata tak tertangguh lagi...

sampai kg terus g spital, ayah tak moh org len yg jaga dia - dia nak aku saja...

masa arwah mak meninggal dunia dulu, aku tak berkesempatan menjaga mak. aku tak nak pisang berbuah dua kali....

aku tak nak hati aku luka lagi, aku tak nak "rasa sesal menjalar lagi sampai kini" ...

... muga ayah diberi kekuatan dan kesabaran.....

tunggu sy balek ayah, sok lepas opis yer....

Friday, June 13, 2008

speechless...



rindu sesangat


kat dia


nak pegi jumpa tak buleh.... *sigh*


Thursday, June 12, 2008

pernah


jalan berpegangan tangan
menyanyi riang
lagu kita
pelangi petang
kau suka menjeling padaku
dan aku....


duduk bersebelahan
berpandangan
minum segelas
makan sepinggan
tiada cela
saat itu


seharian bersamamu
terasa masa berlalu
begitu laju
aku ingin kamu
berada di sisiku selalu
selalu...


kenangan...
seperti menonton wayang
saat ceria
saat duka
hanya tika hati diamuk rasa
bernama
cinta....


yang tersisa kini
cuma parut yg tak mahu hilang
sampai bila???......













Tuesday, June 10, 2008

hidup ini



... hidup ini umpama mengupas bawang, yg setiap helaiannya berbeda, dan setiap kali mengupasnya, kadangkala boleh buat kita menangis....

Monday, June 9, 2008

dulu



aku mendengar kabar, temannya yg bernama k dan l telah berpisah. sumernyer kerna org ketiga - b. b bukan org asing pd k dan l, mereka dah ibarat adek beradek. hubungan antara k dan l bukan baru, mereka dah bersama selama 11 taun. b la yg akan menjaga umah mereka bila mereka takder. menjaga kuceng mereka. tapi tup2 aku dengar... . aku tanya pd dia tentang kisah k, l dan b -

aku: tol ker k ngan l dah clash?

dia: hmm..

aku: tapi naper? tol ker b puncanye?

dia: tidak jugak, sbb akhir2 ni hubungan k dan l dah tak mcm dulu. ari tu masa ada wat jamuan, dia org bergaduh...

aku: yerla, tapi naper b lak yg sanggup bawak l pegi dari umah tu? kan tak elok tu. sian kan k...

dia: tak leh salahkan b gak, sbb i tengok k selalu wat l mcm kuli. sumer2 keja l kena wat. sedangkan k balek keja tido jer...

aku: kalau yer pun, naper b lak yg amek kesempatan. dia org kan bes fren cam u gak

dia: hmm b ada bgitau kat i, l ckp dia suker ngan i, tapi i kan dah ada u...

aku: hahh.... camtu ker... jadik pd pendapat u, b tak salah la eh..

dia: hmm.. b tak salah, dia cuma nak tolong l jer...

itulah pendapat dia tentang keruntuhan cinta sahabatnya - k dan l. rupanya tempias dari kisah itu kena kat aku... sikapnya yg memang suker mengambil tahu hal kengkawan, yg suker bg nasihat kat kengkawan, akhirnya dia sendirik jatuh cinta ngan seseorang yg baru putus cinta dan yg sering mengadu hal pdnye.

dan aku??? nota terakhirnya - dia ingin idup ngan org yg leh berkongsi suka dan duka, manis dan pahit, bukan sekadar teman tido saja... abis aku ni apa??? aku selalu pujuk hati sendiri - biarkanlah dia bahagia. iyer, bahagiakanlah diri kamu. tapi mengapa ada org yg sanggup membina kebahagian atas air mata org len....

Thursday, June 5, 2008

bila langit bertukar wajah


terasa baru semlm menatap wajahmu
menatangmu dgn penuh kasih sayang yg tak berbelah bagi
merenung matamu yg jernih
mencium harum baumu
jari jemarimu yg kecil
tapak kakimu yg comel
rindu saat-saat itu

pertama kali kau sebut namaku
terasa getaran di dada
aku tidak ingin pemberian yg lain
hanya kamu

segala sengsara yg dtg dan pergi
aku rela
kerna aku ada kamu
hanya itu yg mengikat hatiku kini

percayalah
bila langit bertukar wajah
aku tetap di sini
sampai akhir nanti....

Friday, May 30, 2008

haunted???



terpanggil untuk wat n3 nie hehehe -

" Yang dimaksudkan dgn makhluk2 halus itu ialah makhluk2 yg dicipta oleh ALLAH swt tanpa berjisim pd kebiasaannya tidak dpt dilihat oleh mata atau dirasa oleh tangan. Mereka hidup dialamnya atau alam ghaib. Makhluk2 ini ada asal kejadiannya daripada cahaya, iaitu malaikat yg sentiasa taat kpd perintah ALLAH dan ada yg asal kejadiannya daripada api iaitu yg terdiri daripada jin, iblis, syaitan dan sbgnya "

[rujukan http://www.darussyifa.org/artikel/MakhlukHalusMenurutAl-Quran_Iss1_18Mei2006_.PDF]

kenapa aku nak citer pasai ni lak. sajer2 jer hehehe

aku penah mengalami peristiwa2 yg menaikkan bulu roma aku -

aku ingat lagi masa aku dlm darjah 5, masa tu aku dikg. belah pg nak pegi mandi. almaklumlah kg aku masa tu lom ada sumber air paip. jadik kami ke perigi yg dekat ngan umah. aku berjalan bersama arwah mak, menggigil-gigil di pg tu. tiba2 mak peluk aku - dannn kat tepi perigi tu aku nampak sorang pompuan berambut panjang kusut masai berbaju putih memandang kami. bayangkanlah aku masa tu!!! nak pekik takder sora, mak peluk aku kuat2 n lepas tu aku tak ingat per2 lagi daaa... aku demam panas, tak leh tido meracau yg bukan2 hehehe baru aku tau itulah rupanye .... [tak moh ckp arrr]


hahhh ni kat umah yg aku sewa dulu masa aku memula dok kl dlm taun 1999. umah tu ada 3 bilik. umah flat. bilik tido aku di ujung. tengah2 bilik kecik siket n yg dekat ngan pintu masuk besor siket. mlm tu aku tak tido kat bilik, aku lepak kat ruang tamu. antara tido n jaga - aku nampak 3 org [org ker???] sorang lelaki sdg memimpin tangan anak lelakinye yg kecik n sorang pompuan. buttt... pompuan tu tersenyum, mulutnya lebar sampai ke telinga hehehe aku kaku tak leh nak wat per2. bukan aku saja yg mengalaminya. kwn2 yg dtg suka lepak2 kat umah bila nak tido musti kena kacau. last2 aku carik umah len. tak kosa nak layan 3 ekor tu yg aku pasti makhluk bertanduk dan berekor...


kat opis lak. kalau selalu balek lewat nanti ada "org" rajin ketuk pintu manyak kali. tapi bila kita tengok takder sapa pun. aku selalu wat jer keja, maleh nak layan, sbb yg penting aku tak kacau dia....


" Beriman atau mempercayai tentang adanya makhluk2 halus dan hal2 yg ghaib seperti ini adalah ciri2 mukmin yg bertakwa kpd ALLAH swt. Dalam Surat al-Baqarah ayat 2 hingga 4 yg bermaksud -


Al-Quran itu tidak ada keraguan pdnya, menjadi petunjuk bagi mereka yg bertakwa, iaitu mereka yg beriman kpd yg ghaib, yg mendirikan sembahyang dan menggunakan sebahagian rezeki yg Kami anugerahkan kpd mereka. "


Di antara hikmat diciptakan makhluk2 halus ialah -


Untuk memperkuat iman seseorang kpd ALLAH swt menyakinkan tentang kebesaran dan keagungan Ilahi. Di samping kejadian manusia yg dpt dilihat dgn mata kasar, ALLAH swt berkuasa mencipta makhluk2 halus yg asal kejadiannya serta hakikat hidupnya begitu berbeza dgn manusia. Semua ini merupakan tanda2 keagungan ALLAH swt.

Friday, May 23, 2008

keluh kesah



keluh kesah apakah yg kau campakkan pdku ini
aku seolah-olah seperti lelayang putus tali
melayang ditiup sang bayu tanpa arah

aku ingin berhenti di sini sajer
ingin kukeluarkan segala mala isi hati
yg masih terpalit bersama kenangan
yg aku abadikan selama ini

kau di sana masih punya waktu
untuk mengintaiku dalam sepimu
tapi untuk apa semua itu
jika dia juga yg berada dalam pelukanmu

aku ingin lari sejauh mungkin
dari sisimu
kerna aku bukannya
sekeping kertas yg boleh kau conteng
yg boleh kau warnakan
mengikut sesuka hatimu

aku adalah aku
seorang wanita
yg hatinya telah kau lumatkan
dgn janji yg tak mampu kau tunaikan......

Tuesday, May 20, 2008

sama sajer



aku kenal dia dah lama, kami sebaya. dulu aku menyanjungi sikapnya. pada aku dialah lelaki, sahabat dan suami yg baik. tapi rupa2nye...

kami pegi bercuti bersama. tapi pg tu sementara menanti teman2 yg len turun untuk bekfas. dia bercerita - katanya dia dah jatuh cinta ngan setiausaha sahabat baiknya. aku terkedu seketika. dia memang suker menceritakan masalahnya pdku, kerna katanya aku pendengar yg baik.

aku kenal isterinya, anak2nye dua org. katanya pdku, dia cuber membuang perasaannya pd gadis itu. tapi makin lama dia cuba, dia leh jadi gila.

aku tak menjawab pertanyaannya biler dia tanya apa yg perlu dilakukan skrg. aku tinggalkan dia camtu jer termangu-mangu.

setelah lama mengenalinya, aku sangka dia len dari lelaki2 yg penah singgah menyapaku. tapi rupanya - dia jugak sama, tak puas dgn CINTA yg ada...

aku benci pd org yg tak setia....

Monday, May 12, 2008

atas permintaan... :-)

inikah dinamakan - cinta???



LOVE

1. What does true love mean to you?
perasaan yg tak terungkap oleh kata2...

2. How do you know you're really in love?
bila apa yg dibuat sumer tak kena belaka

3. How many times in your life have you fallen in love?
errr... jatuh centa? blom penah hehehe

4. Have you ever fallen out of true love because you were mad at the moment?
blom penah

5.Do you feel love and physical attraction are the same thing?
rupa juga penting dlm cinta, tapi bukan dikategorikan 'kacak' atau 'cantek' , tapi dia mestilah yg menyenangkan hati kiter dan yg leh wat kiter rasa 'selesa' bila bersama.

6. If your true love became ill or disfigured would you continue to love them the same way?
sudah semestinya. cinta tak akan mati hanya kerna itu sumer, malah aku akan terus menyintainya...

7. Should anyone else be able to tell you who to love or not love?
nope. tidak ada sapa yg boleh memaksa aku. hati aku milik aku

8. Do you believe people that ended up divorced were ever truly in love?
kdg kala cinta saja tidak cukup untuk mengekalkan sebuah ikatan....

9. Would you give up something you want for someone you love?
yessss......

Tuesday, May 6, 2008

tentang dia :-)

ari tu 4/5 besday dia. kami sumer balik kg untuk meraikannya. salah satu sbb aku dan adek beradek yg len berkumpul - dia akan pegi mengejar cita2nya nunnn jauh di negeri org...

usianya baru 22 thn jer, udah berpunya........

aku sayang pdnya.... :-)

Sunday, May 4, 2008

aku tak peduli





aku tak peduli lagi
pada angin yg masih
bertanya kabar tentang diriku

aku tak peduli lagi
pada awan yg sesekali
mengalirkan hujan
membasahi wajahku yg masih mampu
tersenyum menyimpan duka

aku tak peduli lagi
pada bulan yg menemani
malam-malamku yg suram

dan

aku tak peduli lagi
pada teman yg menyebarkan
cerita-cerita tentang dirimu
padaku

kerna kisah kita
telah lama kukuburkan.....

Friday, May 2, 2008

hilang



apa yang terjadi, kurasakan sepi menyelimut mimpi
hari menjadi beku malam pun seakan kelabu
kau seperti debu yang terbawa laju angin lalu

aku menunggu suaramu menyapaku seperti dulu
berharap pada sang waktu agar berputar perlahan-lahan menantiku
apa akukah yang bersalah???

jujur dari ruang hati aku masih mencari
satu alasan yang pasti yang membuatmu pergi
tapi kau telah hilang di pekatnya malam
meninggalkan aku termangu sendiri

apakah yang membuatmu menyudahi kisah kita
saat aku masih menikmati waktu bersamamu
kau berpaling dengan tiba-tiba

aku masih tertanya-tanya
dengan seribu soalan yang tak terjawab

benarkah kisah kita telah berakhir
dan inikah noktah pada sebuah cinta
yang kau cipta untukku???

Wednesday, April 30, 2008

hati aku? hanya DIA yang tahu...




salahkah aku berkecil hati?

salahkah aku jika berdendam pdmu?

ada yg bertanya tentang dirimu - dan inilah jawapanku -

aku benci pdmu.....


Friday, April 25, 2008

...a very long long time ago....





kenapa kau pergi camtu jer? kenapa? kenapa kau tak sanggup menunggu aku lagi? kalau di abad yg lalu, kau sabar, kau tabah, kau pegang pd janji, kau tidak berpaling...

msg terakhirmu padaku - buat aku sakit, aku jatuh sakit, yg buat org di sekelilingku bingung melihat aku. umpama jasad tanpa nyawa...

tapi akhirnya semua itu, buat aku berubah. aku jadi berani, aku jadi kuat untuk berkata - tidak!!! jika selama ini aku hanya menurut kata, tapi selepas tarikh itu, tarikh kau mengajar aku apa erti CURANG...

aku bukan aku yang dulu lagi...

Wednesday, April 23, 2008

once upon a time...



benar ker kisah kita dah sampai ke penghujungnya??? aku masih tertanya-tanya. ibarat sebuah novel yang tak mampu habis kubaca. kau sendiri yg telah menamatkannya, babak-babak seterusnya kau isi ngan adegan kau dan dia. kau dgn gahnya melebarkan cerita bahawa antara kau dan aku tiada lagi kisah yang harus disambung. kau sendiri yg dalam diam melepaskan genggaman tanganku. dlm diam kau gapai cintanya pula...

dan aku ibarat layang-layang putus tali....

tiada lagi nada rindu, tiada lagi gurauan kata, tiada lagi semuanya...

terima kasih buatmu -

kekasihku.....

Friday, April 18, 2008

kelam...




kenangan... tiada apa lagi yg tersisa, hanya tumpahan warna yg terpalit di hati yg tak mungkin padam sampai bila-bila.....

Thursday, April 17, 2008

aneh...




Episod 2

email pertamanya aku terima. pendek sajer. dia mintak no tepon aku. bagai magnet yg kuat, aku bagi no aku tanpa helah. dan ari2 seterusnya aku bukan aku lagi... sapaan pun bermula bersilih ganti, belah pg, thari, ptg dan mlm. aku sendiri rasa aneh, mengapa begini cepat rasa yg tumbuh. tampar pipi sendiri, gigit bibir kuat2 untuk menyedarkan aku dari mimpi.

tapi aku tak mau bangun dari lena ini. jgn sesapa kejutkan aku dari mimpi ini...jgn.....

Tuesday, April 15, 2008

dia... yg bernama h...




Episod 1

Pada mulanya hanya sekadar melayani rasa bosan yg amat sangat.. aku bosan ngan rutin keja yg sama, berjumpa org yg sama, bosan, bosan, bosan. lalu jari jemari mulalah mencuri masa melayari laman. satu demi satu. budak2 skrg punya banyak masa yg terbuang. aku terpana melihat bual bicara di satu laman. mulanya sekadar membaca kerenah chaters di situ. ari2 berikutnya aku ke laman itu lagi. emm... sekadar suka2 aku join sekali. satu nama menyapaku. dan di situlah bermula segala-galanya.....

setiap ari aku bagai tak sabar. menunggunya menyapaku. dia memperkenalkan diri sebagai h.... satu nama yg bakal merubah, mewarna, menggugat dan mencalar seluruh perasaanku....

Friday, April 11, 2008

permulaan...




banyak yg telah aku lalui

ada yg bagiku terlalu mengguris perasaan

mencabar kesabaran

aku hanya seorang wanita

bukan lemah

tapi lelah

dengan segala dusta yg kau

cipta untukku....