Friday, May 30, 2008

haunted???



terpanggil untuk wat n3 nie hehehe -

" Yang dimaksudkan dgn makhluk2 halus itu ialah makhluk2 yg dicipta oleh ALLAH swt tanpa berjisim pd kebiasaannya tidak dpt dilihat oleh mata atau dirasa oleh tangan. Mereka hidup dialamnya atau alam ghaib. Makhluk2 ini ada asal kejadiannya daripada cahaya, iaitu malaikat yg sentiasa taat kpd perintah ALLAH dan ada yg asal kejadiannya daripada api iaitu yg terdiri daripada jin, iblis, syaitan dan sbgnya "

[rujukan http://www.darussyifa.org/artikel/MakhlukHalusMenurutAl-Quran_Iss1_18Mei2006_.PDF]

kenapa aku nak citer pasai ni lak. sajer2 jer hehehe

aku penah mengalami peristiwa2 yg menaikkan bulu roma aku -

aku ingat lagi masa aku dlm darjah 5, masa tu aku dikg. belah pg nak pegi mandi. almaklumlah kg aku masa tu lom ada sumber air paip. jadik kami ke perigi yg dekat ngan umah. aku berjalan bersama arwah mak, menggigil-gigil di pg tu. tiba2 mak peluk aku - dannn kat tepi perigi tu aku nampak sorang pompuan berambut panjang kusut masai berbaju putih memandang kami. bayangkanlah aku masa tu!!! nak pekik takder sora, mak peluk aku kuat2 n lepas tu aku tak ingat per2 lagi daaa... aku demam panas, tak leh tido meracau yg bukan2 hehehe baru aku tau itulah rupanye .... [tak moh ckp arrr]


hahhh ni kat umah yg aku sewa dulu masa aku memula dok kl dlm taun 1999. umah tu ada 3 bilik. umah flat. bilik tido aku di ujung. tengah2 bilik kecik siket n yg dekat ngan pintu masuk besor siket. mlm tu aku tak tido kat bilik, aku lepak kat ruang tamu. antara tido n jaga - aku nampak 3 org [org ker???] sorang lelaki sdg memimpin tangan anak lelakinye yg kecik n sorang pompuan. buttt... pompuan tu tersenyum, mulutnya lebar sampai ke telinga hehehe aku kaku tak leh nak wat per2. bukan aku saja yg mengalaminya. kwn2 yg dtg suka lepak2 kat umah bila nak tido musti kena kacau. last2 aku carik umah len. tak kosa nak layan 3 ekor tu yg aku pasti makhluk bertanduk dan berekor...


kat opis lak. kalau selalu balek lewat nanti ada "org" rajin ketuk pintu manyak kali. tapi bila kita tengok takder sapa pun. aku selalu wat jer keja, maleh nak layan, sbb yg penting aku tak kacau dia....


" Beriman atau mempercayai tentang adanya makhluk2 halus dan hal2 yg ghaib seperti ini adalah ciri2 mukmin yg bertakwa kpd ALLAH swt. Dalam Surat al-Baqarah ayat 2 hingga 4 yg bermaksud -


Al-Quran itu tidak ada keraguan pdnya, menjadi petunjuk bagi mereka yg bertakwa, iaitu mereka yg beriman kpd yg ghaib, yg mendirikan sembahyang dan menggunakan sebahagian rezeki yg Kami anugerahkan kpd mereka. "


Di antara hikmat diciptakan makhluk2 halus ialah -


Untuk memperkuat iman seseorang kpd ALLAH swt menyakinkan tentang kebesaran dan keagungan Ilahi. Di samping kejadian manusia yg dpt dilihat dgn mata kasar, ALLAH swt berkuasa mencipta makhluk2 halus yg asal kejadiannya serta hakikat hidupnya begitu berbeza dgn manusia. Semua ini merupakan tanda2 keagungan ALLAH swt.

9 comments:

Akak said...

Makhlus halus tu ada dimana2kan...

ze said...

benar akak - mereka2 tuh pun makhlukNYA jua...

Mak Su said...

ada gaks org blh nampak, dan kembalikanlah kesyukuran kepada Allah swt.

ns said...

huhu..mmg benda2 ni wujud kan sebabnya semua tu makhluk ciptaan Allah juga. Tapi ns harap mintak simpang dari semua kejahatan makhluk2 halus tu.

ze said...

maksu - ada org leh nampak kan...

gdiz - menda2 mcm ni memang wujud dek. ada sorang akak kat opis ni, selalu ingatkan kitaorg bila nak masuk surau. dia pesan, dok elok2 kat surau tuuu, kang terlanggar org sebelah. ada sekali tu kami ramai2 kuar dari opis, masa nak turun tangga, akak tu suruh kami jgn turun tangga dulu, dia kabor -" sabor2.. biorkan akak tu jalan dulu..."
kami yg ada kat situ berpandangan sesama sendiri....

Kaktiny said...

teringat plak masa tingk. 4 dulu - pegi kursus kat sek. men. Al-Irsyad.. ayat yang sama ada sorang kakak asrama tu kata.. "naik tangga lalu sebelah kanan je - bagi ruang - ada yang duduk kat lorong kiri tu".. kami semua apa lagi.. dah tak tau/ tak nampak lorong dah.. debuuussshhhh.. terpa terus dalam bilik, lompat naik atas katil.. tidoooo... (kul 2.00pagi tuh..) - mereka pun makhluk Allah.. kita tak kacau mereka, mereka takkan kacau kita..

tapi skrg, ramai sgt yang suka kacau mereka dan ceroboh dunia mereka..

cuba kalau kita diganggu dan diceroboh.. suka tak?.. mesti tak.. kan kan kann..

Akak said...

Salam sepi...

Dah 2,3 kali mai sini nak minum kopi
ngan Sepi tapi awatnya yg Cbox tu tak leh nak tinggal message plak ari nie?

kamar hati said...

salam...

i'm back...jom jengok blog saya...
huhuhu...tkutnya klau nampak depan mata camtu...huhuhu....setakat rasa2, dengar tu ada la...tak penanh nampak yg real lg...huhuhu...minta simpang la....

ze said...

tiny.... welkem2 ke blog sy ni... :-)

akak... cekbox tadi demam kejap, skrg dah ok dah... mailah sini, sy banjer nasi asam linda on.. meh2..

kamar... per kabor...